Notis Privasi
Kemas kini terakhir: Oktober 2026
Notis ini menerangkan bagaimana leaders.my mengumpul dan menggunakan data peribadi, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data ejen
Kami menyimpan nama, email, kata laluan (dalam bentuk hash), maklumat profil yang anda isi, dan rekod pembayaran, untuk menyediakan perkhidmatan dan menghubungi anda berkenaan akaun.
2. Pelawat halaman ejen
Kami merekod statistik lawatan secara agregat: sumber lawatan, jenis peranti, anggaran lokasi (bandar/negeri) dan butang yang ditekan. Alamat IP tidak disimpan; kami menggunakan kod rawak yang ditukar setiap hari untuk mengira pelawat unik. Kami tidak menggunakan cookie penjejakan pihak ketiga.
3. Borang leads
Jika anda mengisi borang di halaman seorang ejen, nama, nombor telefon dan mesej anda dihantar kepada ejen tersebut supaya beliau boleh menghubungi anda berkenaan perlindungan takaful. Data ini disimpan sehingga 24 bulan atau sehingga dipadam oleh ejen. Anda boleh meminta ejen berkenaan atau kami untuk memadam data anda.
4. Perkongsian
Kami tidak menjual data peribadi. Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan leaders.my (hosting, database dan email).
5. Hak anda
Anda berhak meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda dengan menghubungi kami.