leaders.my Dapatkan

Untuk ejen takaful Malaysia

Klien minta website anda? Sekarang anda ada.

Satu link untuk tunjuk siapa anda, berapa lama dalam industri dan semua pencapaian anda. Tak perlu hantar gambar anugerah satu-satu. Tak perlu upah designer. Siap dalam 10 minit.

  • Edit sendiri bila-bila masa
  • Butang WhatsApp ikut produk
  • Mesra telefon

Pernah rasa macam ni?

Tiga masalah yang hampir semua ejen takaful pernah lalui.

Klien sekarang nak kenal dan semak anda dulu sebelum serahkan hal perlindungan keluarga mereka. leaders.my dibina untuk selesaikan tiga masalah ni.

01

“Klien minta website, nak tengok profile saya dulu… tapi saya tak ada.”

Hantar satu link: leaders.my/nama. Klien terus nampak gambar, jawatan terkini, pengalaman dan testimoni anda.

02

“Dah bertahun jadi ejen, tapi pencapaian semua tersimpan dalam gallery.”

Takkan nak hantar gambar anugerah kat klien satu-satu. Susun pencapaian ikut tahun — 2026, 2025 — kekal di satu tempat yang nampak gah.

03

“Dah lama cari orang buat website, tapi harga mahal dan lama siap.”

Pakai ni je. RM299 untuk 12 bulan (ibarat RM25 sebulan), siap dalam 10 minit, dan anda edit sendiri bila-bila masa tanpa upah sesiapa.

Bandingkan

Upah designer vs leaders.my

Upah designerleaders.my
KosBoleh cecah ribuan ringgit, belum termasuk hosting & domainRM299 tahun pertama (ibarat RM25/bulan), semua termasuk. Kemudian RM20/bulan
Masa siapSelalunya berminggu, bergantung pada designer10 minit selepas akaun aktif
Kemas kini pencapaian baharuKena minta designer, kadang-kadang berbayarEdit sendiri, bila-bila masa
Dibina khas untuk ejen takafulKena terangkan dari awalJawatan, pencapaian ikut tahun, produk, testimoni — dah siap
Butang WhatsApp ikut produkKena minta khasAda, dengan mesej siap tertaip
Statistik pelawat & leadsSelalunya tiadaAda (Pro)

Apa yang anda dapat

Semua yang ejen perlukan, tiada yang berlebihan.

WhatsApp dengan mesej siap

Setiap produk ada butang sendiri. Klien tekan, WhatsApp terbuka dengan soalan yang dah ditaip. Anda terus tahu mereka berminat apa.

Pencapaian ikut tahun

Tambah pencapaian 2026, 2025 dan seterusnya. Jawatan terkini dipaparkan di bahagian paling atas.

Edit sendiri

Tukar ayat, gambar, nombor atau template sendiri dalam portal. Tak perlu tunggu sesiapa.

Nama link anda sendiri

leaders.my/namaanda. Letak di bio TikTok, Instagram, status WhatsApp dan kad nama.

Statistik pelawat

Tahu berapa orang lawat, datang dari TikTok atau Facebook, dan produk mana paling banyak diklik. (Pro)

Borang leads

Pelawat boleh tinggalkan nama dan nombor. Export ke Excel untuk follow up. Ikut keperluan PDPA. (Pro)

Template

Pilih rupa yang sesuai dengan anda.

Semua template mesra telefon dan guna info yang sama. Tukar template bila-bila masa, info anda tidak hilang.

Template Pro akan terus ditambah sehingga 10 pilihan.

Harga

Sekali bayar untuk 12 bulan. Tahun seterusnya dari RM20 sebulan.

Harga tahun pertama termasuk setup dan platform 12 bulan. Tiada caj tersembunyi.

Basic

RM299/12 bulan

Setup + platform · ibarat RM25/bulan

Tahun ke-2 dan seterusnya: RM20/bulan (dibayar RM240 setahun)

Untuk ejen yang mahu website profesional dengan cepat.

Beli Basic
  • 2 pilihan template
  • Edit info sendiri, bila-bila masa
  • Butang WhatsApp dengan mesej siap tulis
  • Pencapaian ikut tahun & jawatan terkini
  • Kiraan pelawat bulanan
  • –Statistik penuh & borang leads
  • –Tertera "Dikuasakan oleh leaders.my"

Pro

Paling popular

RM599/12 bulan

Setup + platform · ibarat RM50/bulan

Tahun ke-2 dan seterusnya: RM30/bulan (dibayar RM360 setahun)

Untuk ejen yang serius membina jenama dan leads.

Beli Pro
  • Semua dalam Basic, dan:
  • Semua template premium (6 sekarang, ditambah hingga 10)
  • Tiada tulisan "Dikuasakan oleh leaders.my"
  • Gambar preview link sendiri bila dikongsi di WhatsApp & FB
  • Statistik: sumber pelawat & klik ikut produk
  • Link jejak untuk TikTok, FB, IG & WhatsApp
  • Borang leads + export Excel
  • Laporan bulanan auto ke email

Kumpulan

Jimat RM596

RM1,199/5 website

RM1,795 · 1 Pro + 4 Basic, 12 bulan

Tahun ke-2: setiap akaun ikut pakej sendiri (RM30 / RM20 sebulan)

Untuk leader & upline yang nak belanja team.

Beli Pakej Kumpulan
  • 1 akaun Pro untuk leader
  • 4 akaun Basic untuk ahli team
  • Setiap ahli dapat link leaders.my/nama sendiri
  • Masukkan 5 email semasa bayar
  • Ahli Basic boleh naik taraf ke Pro bila-bila

Sudah guna Basic? Naik taraf ke Pro dengan bayar beza RM300 sahaja.
Selepas bayar, daftar akaun di leaders.my/daftar menggunakan email yang sama.

Soalan lazim

Ada soalan?

Kenapa tak upah orang buat website je?

Boleh, tapi biasanya lebih mahal, ambil masa berminggu, dan setiap kali ada pencapaian baharu anda kena minta designer kemas kini. Dengan leaders.my, rupa website dah siap direka khas untuk ejen takaful, dan anda kemas kini sendiri dalam beberapa minit.

Perlu tahu coding atau design?

Tidak langsung. Anda isi borang dalam portal, sama macam isi profil media sosial. Rupa website dah siap direka.

Lepas bayar, berapa lama boleh guna?

Daftar akaun dengan email yang sama seperti pembayaran. Kami sahkan dalam beberapa jam (paling lama 24 jam), kemudian anda terus boleh isi info dan publish.

Boleh tukar info dan template nanti?

Boleh, bila-bila masa sepanjang langganan. Info anda kekal, cuma rupa yang berubah bila tukar template.

Butang produk tu pergi ke mana?

Terus ke WhatsApp anda, dengan mesej yang dah siap ditulis ikut produk. Contohnya butang Kad Perubatan akan buka WhatsApp dengan mesej bertanya tentang kad perubatan. Anda boleh ubah ayat mesej tu sendiri.

Sesuai untuk ejen syarikat takaful mana?

Semua syarikat. Pastikan kandungan anda mengikut garis panduan pemasaran syarikat anda.

Apa beza Basic dan Pro?

Pro ada semua template premium (6 sekarang, akan ditambah sehingga 10), tiada tulisan "Dikuasakan oleh leaders.my", gambar preview link sendiri bila dikongsi, statistik penuh (sumber pelawat dan klik ikut produk), borang leads dengan export Excel, dan laporan bulanan ke email.

Boleh naik taraf ke Pro kemudian?

Boleh. Bayar beza RM300 sahaja, dan tarikh tamat langganan anda kekal sama.

Kenapa tahun pertama lebih mahal?

Bayaran tahun pertama termasuk setup akaun, tempahan nama link anda dan platform untuk 12 bulan, iaitu ibarat RM25 sebulan untuk Basic. Mulai tahun kedua anda cuma bayar yuran platform: RM20/bulan untuk Basic atau RM30/bulan untuk Pro, dibayar setahun sekali.

Apa jadi bila tamat setahun?

Kami ingatkan melalui email 30 hari dan 7 hari sebelum tamat. Perbaharui pada harga tahun kedua: RM240 setahun (Basic) atau RM360 setahun (Pro). Website kekal live 14 hari selepas tamat dan data anda tidak dipadam.

Apa itu Pakej Kumpulan?

Untuk leader atau upline yang nak belanja team: RM1,199 untuk 5 website (1 Pro + 4 Basic), jimat RM596 berbanding beli satu-satu. Masukkan 5 email ahli semasa bayar, kemudian setiap ahli daftar sendiri dengan email masing-masing. Tahun kedua, setiap akaun diperbaharui ikut pakej sendiri.

Lepas ni, bila klien minta website — anda dah ada.

Semak nama anda sekarang sebelum diambil orang lain.

Semak nama saya