leaders.my Dapatkan

Terma Penggunaan

Kemas kini terakhir: Oktober 2026

1. Perkhidmatan

leaders.my menyediakan halaman web untuk ejen takaful di alamat leaders.my/nama, termasuk portal untuk mengurus kandungan, berdasarkan pakej langganan tahunan yang dibeli.

2. Akaun & pengesahan

Akaun diaktifkan selepas pembayaran disahkan. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan anda. Nama link (slug) tidak boleh ditukar selepas website dipublish, kecuali melalui pihak leaders.my.

3. Tanggungjawab kandungan

leaders.my boleh menyembunyikan atau membuang kandungan yang menerima aduan atau melanggar terma ini.

4. Langganan, pembaharuan & naik taraf

Langganan sah selama setahun dari tarikh akaun diaktifkan. Bayaran tahun pertama merangkumi setup akaun dan platform untuk 12 bulan. Pembaharuan bagi tahun-tahun seterusnya dikenakan yuran platform RM20 sebulan (Basic) atau RM30 sebulan (Pro), dibayar setahun sekali. Bagi Pakej Kumpulan, setiap akaun diperbaharui mengikut pakej masing-masing. Peringatan dihantar melalui email sebelum tamat. Halaman kekal aktif selama 14 hari selepas tarikh tamat, kemudian dipaparkan sebagai tidak aktif sehingga diperbaharui. Kandungan anda tidak dipadam apabila langganan tamat.

5. Bayaran balik

Bayaran tidak dikembalikan selepas akaun diaktifkan, kecuali dinyatakan sebaliknya secara bertulis.

6. Had liabiliti

leaders.my disediakan "seadanya". Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin ketiadaan gangguan. leaders.my tidak bergabung dengan mana-mana syarikat takaful.

7. Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui email yang tertera dalam emel pengesahan akaun anda.